Quantcast
Channel: Lyana Ishak
Viewing all 610 articles
Browse latest View live

Lirik Lagu Lebih Sempurna Syamel AF

$
0
0

Lirik Lagu Lebih Sempurna Syamel AF


syamel , syamel af , syamel akademi fantasia



Ombak laut , angin bayu .. 
Menemaniku dikala terkenang dirimu ..
Manis indah dalam cinta ..
Tak pernah ku sangka kau pergi hanya kerana ... Dia ..

*korus*

Bertahun sudah kita bersama ..
Hanya dusta sebalik setia ..
Kau biarku derita ..
Menangis di dalam jiwa ..
Kau terluka akulah peneman ..
Kau bahagia aku ditinggalkan ..
Mudahnya kau berubah ..
Sepiku berteman air mata ..

Berlalulah kau masa ..
Aku  tidak berdaya ..
Temukannya yang lebih sempurna ..

*korus*

Bertahun sudah kita bersama ..
Hanya dusta sebalik setia ..
Kau biarku derita ..
Menangis di dalam jiwa ..
Kau terluka akulah peneman ..
Kau bahagia aku ditinggalkan ..
Mudahnya kau berubah ..
Sepiku berteman air mata ..

Berlalulah kau masa ..
Aku  tidak berdaya ..
Temukannya yang lebih sempurna ..

Temukannya yang lebih sempurna ..
Temukannya yang lebih sempurna ..




Kenapa Hal-Hal Jodoh Ditanyakan Kepada Aku ?

$
0
0

Kenapa Hal-Hal Jodoh Ditanyakan Kepada Aku ?


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai selamat malam .. Okay , nama tajuk saja Yana pakai "aku" tapi penulisan entri Yana masih akan kata ganti diri Yana as "Yana" juga .. Yana tak reti nak bahasakan diri sebagai  aku , sebab kalangan pembaca  nie terdiri daripada pelbagai lapisan usia , mungkin ada yang muda dari Yana atau yang lebih tua .. Sekejap , tu bukan topik Yana pada malam nie .. Sebenarnya , Yana nak cakap dan menegur sedikit kepada mereka-mereka yang sering bertanyakan soal jodoh kepada kita nie .. 


Baiklah , berbalik kepada topik Yana pada malam nie .. Siapa yang tak pernah ditanya mengenai perihal jodoh kan ? Tambahan pula , bila kita semakin meningkat usia .. Sorry to say , selalunya tipikal makcik-makcik yang akan sibuk nak tanya kita akan soal jodoh nie .. Sekali sekala nak tanya tak apa , tapi bila dah terlalu kerap soalan tu dikeudarakan pernah tak fikir apa perasaan orang yang ditanya tu ? Mungkin di hadapan anda mereka mampu tersenyum sambil memberi jawapan sehabis sopan .. Dalam hati ? Berkecamuk  , dan tiba-tiba dia pun sibuk mencari jodoh mungkin dia akan tersalah pilih .. Kenapa ini berlaku ?? Atas desakan umum .. Yaa , anda mungkin tidak memaksa dia untuk berkahwin akan tetapi cara anda membuat dia tertekan ..


Sekiranya , kita ditanyakan soalan nie ..  Apa jawapan yang sangat sesuai dan pada masa yang sama dapat menjaga hati pihak yang bertanya tu ? Yana pon sedang fikir jawapan yang terbaik dan dengan jawapan tu Yana harap mereka akan berhenti tanya Yana mengenai soal jodoh .. Satu saja jawapan yang sedang bermain di fikiran Yana .. "makcik , jodoh tu rahsia Allah .. Siapa saya dan siapa makcik untuk singkapkan sesuatu yang tak mampu kita ungkapkan".. Boleh tak Yana kata macam tu ? Agak-agak nanti makcik tu sentap tak ? Yana jer nak kena jaga hati mereka , tapi mereka sedikit  pon tak endahkan perasaan Yana bila mereka tanya  Yana mengenai jodoh ..


Semua gadis / jejaka bujang impikan sebuah kehidupan berpasangan .. Mereka nak ada peneman disaat mereka memerlukan ..  Disaat mereka perlukan bahu untuk bersandar dan teman untuk berkongsi cerita dan memberi nasihat .. Tipu , kalau Yana cakap  yang Yana sendiri tak pernah idamkan semua tu .. Cuma perihal tu bukan priority dalam hidup Yana .. Mula-mula sekali Yana nak stabilkan keluarga Yana , nak bahagiakan umi dan ayah .. Yana nak bantu mereka apa yang mereka perlukan selagi hayat mereka dikandung badan .. Bagi Yana jodoh boleh dicari bila-bila masa pun .. Akan tetapi , sekiranya Yana kehilangan mereka tiada dapat Yana cari ganti .. 


Yana harap , selepas wujudnya entri Yana mengenai soal jodoh nie dah takkan ada soalan yang berbaur itu ditanyakan kepada Yana .. Jagalah hati Yana sama .. Tahukan , setiap manusia yang dicipta berpasangan cuma kita tak tahu siapa dan bila dia akan muncul .. Jangan risau , sekiranya masa Yana sudah sampai pasti Yana akan kongsikan .. =)

Sekian saja celoteh Yana pada malam nie .. In shaa allah sekiranya  diberikan umur yang panjang kita jumpa lagi .. Assalammualaikum dan selamat malam ♥







Bagaimana Cara Download MP3 Dengan Mudah

$
0
0

Bagaimana Cara Download MP3 Dengan Mudah


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Selamat malam .. Okay , malam nie Yana nak ajar cara mudah nak untuk anda semua memuat turun lagu dari Youtube .. Oh ya , bukan video tau tapi MP3 .. Nak tau tak bagaimana caranya ? Kalau nak tau jemput baca dari mula sampai habis nah .. =)

Mula-mula sekali , sila ke Youtube , 


Nampak kan kotak search tu ? Haa , sika taip tajuk lagu yang nak dimuat turunkan tu .. Dah taip klik search .. Hee , tentu anda semua dah tau kan ? Okay , lepas dah search ..

Lepas dah cari tu , akan keluar banyak video .. Jadi , pilihlah mana satu yang dikehendaki .. Contoh Yana bagi , tengok kat bawah ye ..

Klik link video yang dah dipilih tu .. Mainkan video tu .. Selepas tu , bawa mouse dekat video yang sedang dimainkan tu right click ..

Okay , klik dekat "copy video url" yang atas sekali tu tau ??? 


Lepas dah copy url video , sila pergi ke google search taip "mp3 converter" tak pun klik je laaa situ Yana dah link kan .. Hehehe .. =P


 Lepas tu masukkan url video yang anda copy tadi tu kat dalam kotak kemudian tekan "start" .. Selepas tu , ikotlah step dia yang seterusnya .. Senang saja nak download .. Okay sekian saja pengajaran Yana pada malam nie .. Jumpa lagi nanti .. Terima kasih kepada yang sudi baca dan komen .. Yana sedang mencari masa dan semangat untuk balas komen dan kunjungan anda .. Jangan salah anggap , kata Yana sombong tahu ? Yana sedar siapa Yana , tanpa anda yang datang singgah sedekah UV dan PV dekat Yana .. Yana krik krik saja .. Terima kasih tauuu .. Sayangggg hampaaa ♥ ♥

Dosa Dosaku Bagaikan Pepasir di Pantai

$
0
0


Dosa Dosaku Bagaikan Pepasir di Pantai


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Selamat malam semua .. Sebenarnya kan , belum sempat Yana nak menaip isi entri nie .. Dah bercucuran air mata jatuh .. Bila terkenangkan dosa yang tak terhitung banyaknya .. Bertambah laju mengalir saat teringat betapa khilafnya diri ini pada satu masa dahulu .. Tapi , alhamdulilah Allah sayang Dia sedarkan di saat Yana enak dibuai mimpi ..

Kadang-kadang Dia hantar ujian dalam berbentuk kegembiraan ataupun kesedihan .. Sekiranya dalam bentuk kesedihan mungkin agak pahit untuk ditelan .. Waspadalah , sekiranya ianya dalam bentuk kegembiraan kepahitannya nanti dua kali ganda lebih teruk daripada ujian yang berbentuk kesedihan .,
Yana sering bertanya pada diri sendiri , kenapa diri nie diuji sampai macam tu ? Salah apa sampai diuji sebegini ? Dosa apa yang dah dilakukan ? Masa Yana bertanya tu , Yana terlupa bahawa  diri Yana nie hanyalah seorang manusia kerdil yang sering melakukan kesilapan dan lupa diri bila gembira ..

Selepas satu demi satu air mata Yana Dia jatuhkan ..  Sedikit demi sedikit Dia hadirkan pelangi nan indah dalam hidup Yana .. Yana sering minta padaNya moga ditunjukkan Yana kebenaran , jauhkan Yana daripada kejahatan .. Setelah sekian lama , Dia memakbulkan permintaan Yana .. Dia bukakan pintu hati Yana yang selama nie gelap .. Dia tunjukkan kebenaran yang tersangat pahit untuk Yana telan sehingga saat nie kepahitan tu masih terasa walaupun selepas hadirnya beberapa pelangi indah ..
Sepertimana yang kita sedia maklum , pelangi hanya terlihat untuk sementara waktu akhirnya akan hilang .. Begitu juga Yana rasa , selepas hilangnya pelangi itu , kepahitan sebuah kebenaran tu kembali menghantui Yana ..

Buat masa nie , Yana nak sangat Dia boleh bagi Yana lupakan segala kepahitan dan berikan Yana kekuatan untuk memulakan lembaran baru dalam hidup Yana .. Dekatkan diri Yana dengan orang yang betul-betul jujur dengan Yana dan dijauhi daripada segala kejahatan ..

Dosa .. Tak perlu pun frasa yang panjang lebar untuk buat air  mata nie jatuh .. Nampak sahaja akan perkataan dosa .. Secara automatik , kita akan terkenangkan kesilapan masa lalu kita dan tanpa kita sedari perlahan-lahan air mata mula jatuh dan semakin laju jika terkenangkan betapa jahilnya dan sombongnya kita suatu ketika dulu tetapi Dia masih lagi bantu kita ..

Sebenarnya , banyak lagi yang Yana nak coretkan .. Takpa lahh , biarlah sesetengah Yana simpan antara Yana dan Dia .. Terima kasih kepada yang sudi luangkan masa membaca luahan hati kecil Yana .. ♥

Personal Review : Steamboat Best di D'fiesha Corner , Kepala Batas .

$
0
0

Personal Review : Steamboat Best di D'fiesha Corner , 

Kepala Batas .

ASSALAMMULAIKUM WBT ♥


Haii semuaaaa .. Memandangkan ada orang pernah tanya dekat Yana kalau dekat Kepala Batas , restoran steamboat dekat mana best and highly recomended  ?? Okay , di sini  Yana nak sarankan apa kata sekiranya satu hari nanti  ada antara kawan-kawan Yana dari luar Penang kebetulan singgah dekat Kepala Batas dan mencari-cari restoran steamboat yang best ! Okay , sila ke D'fiesha Corner ..

Untuk pengetahuan semua , Yana tak akan sarankan sekiranya Yana sendiri tak pernah mencuba atau tidak berpuas hati dengan restoran tu .. D'fiesha Corner merupakan restoran steamboat pilihan Yana sekiranya Yana nak makan steamboat .. Yela , semua tahu yang Seoul Garden is the best steamboat ever kan ?? Tapi , mahal lahhh .. Tak semua mampu nak pergi ke situ .. Dekat d'fiesha .. Nahh , harganya sangat-sangat berpatutan ,, Boleh dikatakan apa yang anda semua nak makan ada tersedia .. 

Apaaa ?? Tak percaya kerr ?? Meh sini Yana nak buktikan .. 



Kepada penggemar daging , nahh di D'fiesha Corner ada semua tu .. Daripada daging lembu sampailah ke daging kambing .. Aa kalau daging rusa ke unta Yana tak sure lah pulak .. Terdapat pelbagai jenis perapan tau , antaranya , daging resepi asli , daging satay , daging perapan bersos , daging kamibing sempoi , ayam black pepper , ayam satay dan banyak lagi .. Apa kata anda semua datang dan cuba sendiri haaa .. Yana dah pernah cuba sebab tu Yana berani suggest kan restoran steamboat kepada anda semua .. 


Haaa ,, kepada penggemar siput .. Dekat D'fiesha Corner ada pelbagai jenis siput tau .. Okay macam biasa antaranyaaaaa .. Siput buluh , kepah , siput lala panjang dan mungkin ada lagi yang lain-lain .. Ehh , jangan mestilah seafood pun ada jugak .. Jadi kepada penggemar seafood no worries okay ?? Hehehe ,,



Jom tengok sayur-sayuran dan buah-buahan yang disediakan pulakkk ..



Okay , kat bawah nie jenis-jenis pasta yang ada dan jugak mee , koey teow , bihun dan banyak lagiiiii ..


Hmmm , dekat mana lokasinya Yana ?? Haa , bab lokasi Yana memang failed nak explain .. But , not to worries .. Secara ringkasnya Yana nak bagitau .. D'fiesha Corner terletak di Bertam Putra berdekatan lah dengan pasaraya Mydin .. Senang cerita tengoklah alamat dekat bawah entri Yana akan sediakan .. Sebenarnya , tak susah pun nak cari .. Dari jalan raya dah boleh nampak D'fiesha Corner nie .. 

Address : 
  • No.6,7&8, Persiaran Seksyen 4/1, Bandar Putra Bertam
  • 13200 Kepala Batas, Malaysia


Phone No . : 
010-404 1779
019-992 1779
010-403 1779

Apa Perlu Dibuat Sebelum Keluar Rumah ?

$
0
0

Apa Perlu Dibuat Sebelum Keluar Rumah ?

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , sebelum Yana melabuhkan tirai kamar Yana nak kongsi serba sedikit apa yang perlu dibuat sebelum keluar rumah .. Jangan salah faham ye , bukan Yana nak kongsi mengenai keselamatan .. Tapi , sikit-sikit pasai penampilan .. Sebenarnya Yana punya penampilan tak dak lah bagus mana pun .. Bagi Yana , cukuplah sekadar sedap mata memandang , nampak kemas dan bersih ..


Nahhh , sebenarnya entri Yana malam nie akan more to make up laa .. Yana tak pandai mana pun bab-bab bersolek nie .. Yana tahu asas saja .. Jangan salah faham , Yana bukan nak menunjuk barang-barang make up Yana tau .. Sekadar berkongsi .. Barang-barang solek yang Yana guna nie tak ada lah mahal mana pun .. Sekadar mampu milik saja .. NAKED tu bukan original punya .. Hahaha .. Tak mampu ler Yana nak pakai original punya , bisa kelaparan nanti ..

Okay , back to our topic for tonight .. Sebelum Yana nak keluar ke mana-mana sekalipun Yana akan pastikan Yana akan apply semua nie dekat wajah Yana .. Mula-mula sekali Yana akan spray muka Yana dengan Bio Essence Miracle Water , nak tunjuk pun Yana dah buang botolnya sebab dah habis tak beli lagi .. Hehe .. Lepas tu , Yana akan letak make up based , kalau dalam gambar tu Yana cuma gunakan Maybeline New York clear smooth all in one BB Cream .. Seterusnya , Yana akan pakai bedak kompak PIXY .. Kalau anda perasan ada dua jenis dalam gambar tu satu berwarna merah jambu dan satu lagi berwarna putih .. Okay , yang merah jambu tu Yana akan guna bila Yana nak berjalan jauh atau dalam jangka masa yang lama sebab efek dia lebih cantik daripada yang berwarna putih .. Heheh ..

Dah selesai bab tu , Yana akan guna eyeshadow .. Sejujurnya , bukan taraf Yana nak buat smokey eyes tu Yana tak reti lagi .. Yana cuma calit-calit sebab takmau bagi mata nampak kosong .. Dah selesai bab eyeshadow Yana akan letak eyeliner .. Nie pun Yana tergagap-gagap lagi .. Selalu failed belah kiri .. Untuk bahagian mata Yana akhiri dengan maskara , tu pun murah punya jugak kalau tak dari AVON Yana beli dekat kedai-kedai kosmetik biasa saja dekat Sunshine tu .. =P

Settle bab mata , Yana akan apply blusher dekat pipi Yana sebab takmau bagi nampak pucat sangat .. Blusher , Yana pakai Silky Girl punya saja .. Yana pilih warna light pink and peach sebab Yana tidak begitu daring untuk guna warna-warna yang tampak garang .. 

Okay , dah selesai kan ?? Mulut atau bibir .. Yana akan pakai ikut mood Yana pada ketika itu .. Kalau Yana terasa nak nampak manis Yana akan pakai warna-warna lembut atau nude .. Yana tak berani nak pakai warna-warna garang seperti red chilli tu .. Tapi ,, Yana ada satu warna wine tak berani nak cuba lagi ahahaha .. Tapi , kadang-kadang Yana nak nampak garang sikit Yana pakai jugak lah warna yang agak terang .. 

Last but not least , perfume .. Benda nie memang Yana akan pakai setiap kali Yana keluar walau semalas mana pun Yana pada ketika itu .. Yana  akan semburkan jugak walaupun sedikit .. Yana tak suka orang berbau busuk dan Yana juga tak mau orang ada bau busuk daripada Yana .. Sebenarnya , tujuan Yana memakai minyak wangi nie bukanlah nak attract orang ,. Cuma sekadar nak hilangkan bau badan saja .. Oh ya , Yana jugak akan pakai lotion untuk memastikan kulit Yanna sentiaasa lembab dan tidak kering .. =) 

Okay , cukuplah sampai sini ya ? Nanti kita sambung lagi .. Terima kasih pada yang sudi luangkan masa tuu ♥

Hukum Memakai Wangian Beralkohol Ketika Solat

$
0
0

Hukum Memakai Wangian Beralkohol Ketika Solat


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai  semuaaa .. Okay , malam nie Yana nak kongsi apa yang Yana tahu mengenai hukum memakai wangian beralkohol ketika solat .. Ada sesetengah cakap tak boleh ada sesetengah pihak lagi cakap boleh .. Sebenarnya , benda nie dah lama bermain dalam fikiran Yana .. Yana , memang memakai wangian yang beralkohol .. Tapi , Yana tetap solat macam biasa sebab masa sekolah dulu Yana pernah tanya ustazah Yana mengenainya dann jawapannya boleh .. Akan tetapi , bila Yana teserempak dengan beberapa orang yang menggatakan tidak boleh Yana kembali musykil .. Lantas , Yana tanyakan perihal ini dekat whatsapp group Yana dan jawapannya sama  macam mana ustazah Yana katakan .. Jom , Yana kupaskan dengan lebih terperinci ..

\

Yana kongsikan eh antara conversation Yana tadi ..

Yana: ada sapa-sapa tau tak hukum memakai wangian beralkohol ketika solat ? Sah ke tidak ? Kalau tak sah kenapa ? Sebab alkohol haram untuk diminum sebab ia boleh memabukkan .. Kalau untuk kegunaan lain , still tak boleh ka ?

Anonymous : Boleh pakai solat , tak kisah pun berapa isipadu kandungan alkohol .. Majlis fatwa kebangsaan dah ulas benda nie dah lama dah , sejak tahun 90 an kalau tak silap ..

1. Yang haram adalah arak .. Bukan alkohol ..
2. Alkohol bukan arak .. Sebab definisi arak dari segi istilah syarak adalah air jus anggur yang diperam dan diproses sehingga menjadi minuman yang memabukkan ..
3. So , alkohol tak termasuk berdasarkan definisi tu ..
4. Tapi , alkohol tetap haram sebab guna kaedah fiqh "qias".. Arak haram sebab memabukkan .. Jadi , alkohol pun haram sebab MEMABUKKAN
5. Arak , hukumnya najis .. Tapi , alkohol tak .. Sebab hukum qias hanya berlaku jika adda mabuk berdasarkan rukun qias ..
6. Jadi , alkohol kalau dipakai bukan najis dan boleh dipakai ketika solat ..

Okay , nie merupakan penerangan dari kawan Yana .. Dia nasihatkan Yana suruh cari sumber lain untuk mengukuhkan lagi jawapan nie .. Jadi , Yana pun google lah .. Rata-rata jawapan  yang Yana dapat lebih kurang dengan apa yang dia terangkan .. 

JAWAPAN (klik untuk lihat)

Kepada Encik Anonymous , terima kasih atas penjelasan yang sangat terperinci tu .. Sekarang , Yana dah dapat jawapan untuk soalan yang dah lama Yana nak tanya .. Terima kasih juga sebab bagi Yana  kongsi dekat blog nie penjelasan tuu ... =)


Lazada Birthday Blogger Contest

$
0
0

Lazada Birthday Blogger Contest .


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Hai semuaaaa .. Beberapa hari lalu Yana ada dapat invitation untuk join Lazada Birthday Blogger Contest .. Jadi , Yana pun decided untuk sertainya jugak .. Eleh , bukan susah mana pun nak join .. Apa kata rakan-rakan blogger Yana yang lain pun cubalah sertai .. Hadia-hadiah dia best tau ..
Cara - caranya sangat senang .. Meh , Yana nak bagitahu .. =)

Oh ya , sebelum Yana bagitahu cara-cara nak sertai .. Yana nak bagitahu contest nie sebenarnya bersempena dengan ulangtahun Lazada yang ke lima .. Happy birthdayyyyyy Lazada .. Opps , nie bukan wishes Yana untuk contest nie .. Nanti Yana akan sediakan proper wishes for Lazada's 5th birthday ,,

Okay , nie jawapan untuk soalan yang ditanyakan ..

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
- Hmm , apa yang Yana suka dengan Lazada ? Pertama sekali , barang-barang dekat Lazada sangat berpatutan dan murah harganya berbanding dengan jualan online yang lain .. Barangnya sangat berkualiti , cantik and etc .. Sangat mudah berurusan beli dengan Lazada , barang diterima dalam keadaan yang baik ..

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)

- Pineng PN983s 10000mAH Lithium Polymer Slim Power Bank Pink .


- Mango Leather Square Design Handbag (Beige)



- GTE Eye Shadow Palette


c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 

- Erm , nak improve eh ? Buat masa sekarang Lazada dah okay .. Tapi , kalau nak improve lagi mungkin dari segi masa penghantaran sebab masih ada dua ke tiga barang yang Yana beli COD masih tak sampai lagi dekat tangan Yana dan mungkin pelbagaikan pilihan produk .. Yana rasa yang tu sahaja yang perlu diperbaiki buat masa ini ..

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

- Okay , my birthday wish for Lazada Malaysia , happy 5th birthday .. May Lazada will "grow" more and more .. So , you can be the best online shopping ever .. Hopefully , Lazada can give a little present for their regular customers .. Last but not least , I wish the best of everything will comes forward to this awesome online shopping ever .. (err excuse my bad english ya)

Cara untuk menyertai :-

How to Join – Lazada Birthday Blogger Contest


1. The contest runs from 1st March until 23 March 2017 (11.59pm). 

2. Each contestant (blogger) has to write a post and answer these questions on his/her blog post: 

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 
c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

3. The Article must contain screenshots and links to the Lazada product listing pages for the three products mentioned in point 2.b (the "Top Product Picks" post). 

4. Contestants are required to submit the link to their post via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: Lazada Birthday Blogger Contest 

5. Winners will be selected at random. 



Prizes – More Participants More Winners



Depending on the overall number of participants there will be either 10, 20 or 30 winners: 

1. Less than 50 Participants (10 winners) 

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners) 

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

3. More than 100 Participants (30 winners) 

1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 


Haaa , cara dan hadiah telah Yana nyatakan dalam entri nie .. Jadi , tunggu apa lagi ?? Jom lah kita join ramai-ramai .. Nak ke Yana menang sorang-sorang ?? =P Doakan Yana berjaya yaa .. ♥♥ Pada yang berminat nak sertai tu , tak perlu cari merata link nya .. Klik sahaja dekat bawah  nie ye untuk penerangan lanjut mengenai contest nie ..



Lirik Lagu Menahan Rindu-Wany Hasrita

$
0
0

Lirik Lagu Menahan Rindu-Wany Hasrita



Sejenak ku termenung .
Awan pun mulai murung .
Tiada siulan-siulan burung-burung .
Menemani hariku , menemani sepiku .
Tersiksa angkara menanggung rindu .

Oh angin .. Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi .
Biarpun sekadar cuma memujuk hati .
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini .

Biarlah , aku bersendirian .
Terkurung dalam kenangan silamku .
Biarlah aku menahan rindu .

Oh angin .. Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi .
Biarpun sekadar cuma memujuk hati .
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini .

Oh hati .. Kau sedarilah kenyataan ini .
Agar dapat ku gagahi dan terus berdiri .
Biarlah ku bersendirian .
Terkurung dalam kenangan silamku .
Biarlah akuuuu .. Menahan rindu ..
Menahan rinduuuu ..


Cara Untuk Mengikhlaskan Dan Meredhai

$
0
0

Cara Untuk Mengikhlaskan Dan Meredhai


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Haiii .. Selamat malam semua kesayangan .. Sihatkah ?? Yana , alhamdulilah sihat .. Okay , malam nie Yana nak bercakap sikit mengenai ikhlas dan redha .. Yana tahu tak semua mampu untuk berbuat demikian .. Termasuk diri Yana sendiri , akan tetapi sekarang Yana sedang mencuba belajar untuk mengikhlaskan dan meredhai ..

Bila kita perlu mengikhlaskan dan meredhai ? Saat kita diuji dengan kehilangan sesuatu atau seseorang .. Ditipu , dianiya dan lain-lain lagi .. Tadi Yana ada cakap tak semua orang mampu untuk mengikhlaskan dan meredhai akan sesuatu benda .. Kenapa ianya terjadi ? Hal ini demikian kerana kita tidak meletakkan Allah  sebagai yang mutlak dalam hati kita .. Masih ada sekelumit dendam , hasad dengki dan pelbagai lagi lah aura negatif yang masih lagi "bertakhta" dekat hati kita ..

Yana nak cakap mengenai keikhlasan terlebih dahulu .. Macam mana kita nak tahu sama ada kita ikhlas ataupun tidak ? Senang saja caraya , meh Yana bagi satu situasi sekiranya anda memberi sesuatu kepada seseorang tanpa mengharap sebarang balasan dan tidak pernah sekelumit pun memikir mengenainya .. Itu tandanya anda betul-betul ikhlas memberi .. Bagaimana pula untuk mengikhlaskan pemergian seseorang ? Ramai yang akan kata dengan melupakannya .. Persoalannya , melupakan cara yang mana ? Melupakan dengan penuh dendam atau sebaliknya ? Yana akui sebagai insan biasa sukar untuk kita melupakan seseorang yang telah menganiaya kita tanpa sikit pun rasa benci dan dendam .. Tapi , ketahuilah sekiranya ia berlaku sedikit demi sedikit ia akan membunuh hati anda .. Cubalah mengikhlaskan pemergiannya sematkan di hati setiap apa yang berlaku ada hikmahnya .. Ingatlah bahawa kifarah itu wujud .. Allah tak pernah menutup mata untuk setiap perkara yang berlaku .. Mungkin masanya belum lagi tiba .. Dekatkan diri anda dengan Dia .. Tanamlah rasa cinta sepenuhnya kepada Dia .. Yakinilah akan kekuasaannya ..

Bagaimana pula dengan redha ? Sebenarnya tak jauh pun bezanya dengan ikhlas .. Belajarlah untuk melepaskannya .. Tenangkan lah hati anda gembirakannya dengan apa pun yang boleh menggembirakan .. Bagi Yana mungkin dengan keluar melihat pemandangan dan elakkan diri daripada bersendirian .. Setiap kali teringat saat bersama istighfar lah .. Minta Allah lupuskan kenangan itu dan hadirkan lembaran baru yang indah dalam hidup anda .. Itu yang Yana sedang lakukan sekarang .. Tapi Yana tak cukup kuat ada suatu masa Yana nak sangat Allah hilangkann ingatan Yana .. Nampak betapa ceteknya pemikiran Yana .. Tapi akhirnya Yana sedar , dan Yana sedang belajar untuk mengihlaskan dan meredhai .. Yana percaya ada sebab ia terjadi dan Yana sangat yakin akan hadir pelangi indah dalam hidup Yana suatu hari nanti .. =) ♥

Okay , Yana rasa cukuplah sampai sini Yana berceloteh .. In shaa allah ada masa dan umur yang panjang kita jumpa lagi ..

Jadi Cantik Hanya Dengan Susu Kambing i-Sihat Premium Berry

$
0
0

Jadi Cantik Hanya Dengan Susu Kambing i-Sihat Premium Berry 


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


susu kambing , i-sihat , susu kambing i-sihat , vachoc , susu kambing asli , premium berry

Amboii .. Amboi nampak saja perkataan cantik terus laju ja kan buka link nie .. Okay mai sini Yana nak bercerita mengenai  susu kambing i-Sihat nie .. Produk susu kambing i-Sihat nie ada tiga perasa berbeza iaitu susu kambing asli , susu kambing VACHOC dan Premium Berry  .. Susu kambing Premium Berry menjadi pilihan hati Yana .. ♥♥ Sebelum Yana ulaskan dengan lebih lanjut mengenai susu kambing i-Sihat nie .. Yana yakin mesti ramai akan cakap eh susu kambing ada bau lah , tak selera la nak minum .. Haa , betul tak ? Tapi kalau dengan susu kambing i-Sihat in shaa allah tak ada langsung bau hamis , sedap lagi ada lahh ..

susu kambing i-sihat , review susu kambing i-sihat , i-sihat , premium berry , www.lyanaishak.com


Okay , jom kembali kepada topik utama Yana ye .. Yana memilih susu kambing Premium Berry .. Sebab dalam susu kambing Premium Berry nie mengandungi Vitamin C yang membantu mencantikkan wajah dan meningkatkan ketahanan tubuh .. Kulit akan kelihatan berseri-seri dan sangat awesome .. Yana sendiri dah alaminya sendiri kulit Yana dah semakin okay kalau nak dibandingkan dengan sebelum nie .. Sebelum nie kulit Yana agak kusam dan pori kulit muka Yana agak besar selepas Yana amalkan minum susu kambing Premium Berry daripada i-Sihat nie alhamdulilah pori-pori semakin mengecil .. =)

susu kambing i-sihat , premium berry , susu kambing berkolagen ,  susu kambing i-sihat , www.lyanaishak.com


Selain itu , susu kambing i-Sihat Premium Berry juga mengandungi antosanin dan antioksidan dari ekstrak beri yang membantu menajamkan mata .. Sebelum Yana lupa kolagen dan melatonin yang tinggi dari ekstrak sakura juga terdapat dalam susu kambing i-Sihat nie .. Kolagen memmbantu memperbaiki masalah kulit dan rambut serta menambahkan keanjalan kulit dan bertindak sebagai anti penuaan .. Kulit akan tampil sekata dan flawless ! Haa , taknak ke kulit cantik ?? =) Siapa yang sesuai untuk minum susu kambing Premium Berry daripada i-Sihat nie ?? Okay , mai sini Yana nak bagi tau ..  Susu kambing Premium Berry sesuai untuk lelaki dan wanita .. Susu ini mengandungi khasiat tinngi semulajadi yang mampu menguatkan tubuh badan , menambahkan tenaga , meningkatkan sistem imunisasi badan , membantu mengurangkan kolestrol , membantu mengurangkan stress dan yang terakhir nie memang sangta sesuai dengan Yana iaitu membantu mendapatkan berat badan yang ideal sebab sekarang Yana underweight .. Jadi , dengan adanya susu kambing Premium Berry daripada i-sihat bolehlah Yana memiliki berat badan yang ideal ..


(gambar kredit : miss zyaroses)

Haa ,, Yana tau tak semua suka perisa Berry kan ? Mungkin ada yang suka perisa coklat .. Di sini Yana sarankan kepada penggemar perisa coklat untuk memilih susu kambing VACHOC .. Okay dekat bawah nie antara khasiat yang terkandung dalam susu kambing VACHOC .. 
  • Meningkatan kesihatan dalaman dan luaran bagi yang ingin sihat dan kau yang kurang sihat
  • Sistem penghadaman dan usus bertambah baik
  • Tidak menyebabkan alahan kerana bersifat alkali
  • Daya ingatan dan kecergasan dapat ditingkatkan
  • Daya tahan tulang, gigi, otot, sel kulit, saraf dan sistem imunisasi dapat dikuatkan.


Oh yaaa ,, mungkin juga ada antara kita yang tak suka perisa tambahan dan lebih menggemari perisa asli .. Jangan risau i-Sihat semestinya mempunyai susu kambing asli .. Apakah khasiatnya ? Jum Yana cerita secara ringkas ye .. =) 


  • Meningkatkan daya ingatan, kepekaan, dan kecerdasan minda (IQ-EQ)
  • Meningkatkan daya ketahanan badan (imunisasi) dan fungsi tulang, gigi, otot, sel kulit dan sel saraf
  • Bersifat alkali dan tidak menyebabkan alahan
  • Mencegah anak dari demam kuning, ekzema, sembelit dan pembentukan lendir
  • Menjana lebih banyak susu ibu yang berkualiti
  • Meningkatkan paras Hb ibu mengandung
  • Sangat baik untuk sistem penghadaman dan usus
  • Diperkaya dengan nutrisi yang amat penting untuk kesihatan badan
  • Melalui prosedur pemprosesan berteknologi tinggi dan terbaik untuk mengekalkan kualiti, nutrisi dan khasiat semulajadi susu.
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
Okay , dekat bawah nie Yana kongsikan antara testimoni susu kambing i-Sihat ye ..










Haa , dah banyak kot testimoni yang dah berjaya lagi boleh dipercayai yang Yana kongsikan dekat sini .. Tak nak ke cuba ? Nak Yana cantik sorang-sorang saja ? Jom lah kita cantik sama-sama .. Macam mana nak dapatkan ? Sekejap ye Yana bagi details ..



Hotline : 019 2020 911

Erm , kalau Yana nak belanja sikit video noob Yana buat boleh tak ? Hahaha .. Jangan kecam tau .. Budak baru nak belajar kot =)


Selamat malam semua .. Jangan lupa ya dapatkan susu kambing Premium Berry daripada i-Sihat nie untuk diri anda ye =)




WORDLESS WEDNESDAY #9 FRIENDSHIP

$
0
0


WORDLESS WEDNESDAY #9 FRIENDSHIP



Tiga Tempat Menjadi Idaman Hati

$
0
0

Tiga Tempat Menjadi Idaman Hati

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Haiii .. Selamat malam .. Sebenarnya mood Yana kelaut sikit malam nie .. Nak update dengan takmau sama banyak ja .. Bila period cramps memang macam nie .. Malas segala-galanya .. Okay , malam nie Yana nak share mengenai tiga tempat yang menjadi idaman hati Yana dari dulu lagi .. Nak tahu tak ? Kalau nak tahu jemput la baca sampai habis .. =)



Tempat pertama yang menjadi pilihan hati Yana ialah Jepun .. Yaa , negara matahari terbit .. Dah lama Yana teringin nak pi sana ..  Sebabnya ? Sakura .. Yana teringin nak pegang bunga sakura , nak tengok dan nak bau bunga sakura tu .. Hm , cantik jer Yana tengok dalam gambar .. Sekiranya berpeluang nak sangat Yana ke sana .. Yana nie penggemar warna merah jambu .. Nak pula bunga sakura berwarna merah jambu lagi bertambah laa sukanya Yana kepada bunga sakura  .. 


Tempat kedua  yang menjadi pilihan hati Yana tak lain dan tak bukan , Paris semestinya .. Bila kita bercakap mengenai Paris mesti teringat akan Eiffel Tower .. Okay , motif utama Yana nak ke Paris sebab Eiffel Tower nie saja .. Yana  nak ambil gambar di hadapan menara nie yang menjadi lambang cinta la kononnya .. Hehehe .. Yana tak tahu kenapa nak sangat hati ini ke sana semata-mata kerana Eiffel Tower ... =)



Okay , last but not least tempat ketiga yang menarik hati ini untuk pergi ke sana ialah Dubai .. Okay , seriously Yana tak pasti kenapa tapi Yana nak juga pergi mungkin Yana terpengaruh dengan cerita FF7 agaknya .. Masa mereka buat penggambaran dekat sana terus Yana terasa nak pergi .. Sebab Dubai nampak cantik di mata Yana .. Kalau Yana tak salah , Dubai juga merupakan syurga membeli belah .. Memang kenalah dengan minat Yana .. Hehehe ..

Okay , sekian saja perkongsian Yana mengenai tiga tempat yang menjadi idaman hati Yana .. Harap sangatlah suatu hari nanti Yana berpeluang menjejakkan kaki Yana  dekat ketiga-tiga tempat nie .. ♥

Aku Dan Kacamata

$
0
0

Aku Dan Kacamata

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥



Haii selamat pagi .. Memandangkan Yana tak dapat nak melelapkan mata lagi .. Jadi , Yana decide nak kongsi sikit la cerita mengenai Yana dan kacamata .. Dulu kan masa Yana di bangku sekolah Yana teringin sangat nak berkacamata .. Sebab bagi Yana orang bila berkacamata nie nampak pandai , matang dan cantik .. Yana nak pakai takda sebab , mata Yana  dapat melihat dengan baik lagi .. Kadangg-kadang tu pernah la jugak pinjam cermin mata kawan punya nak sangat pakai cermin mata tu ..

Hmm , sepanjang Yana di bangku sekolah .. Alhamdulillah , Yana diberikan penglihatan yang sebaik-baiknya sampai cikgu dari jarak jauh pun Yana dah boleh nampak .. Jadi , Yana  bolehlah get ready and behave dengan semoleknya sebelum cikgu masuk kelas ..  Hahaha , Yana dulu bukannya baik sangat dekat sekolah ada juga nakalnya .. Nakal lah bukan jahat tau ? =P

Memandangkan Yana nak sangat lah kan berkacamata .. Nah , sekarang Allah dah kabulkan permintaan Yana .. Pada mulanya Yana segan nak buat sebab Yana takut orang ingat Yana mengada-ngada .. Yala , mereka kenal Yana tanpa cermin mata ..  Tetiba Yana nak pakai mesti orang akan rasa ehh dia nie rabun ka ? Dah la  masa Yana baru buat tu , masa tu jugaklah trend orang pakai bingkai cermin mata .. Yana cuba untuk tak buat , tapi makin lama makin Yana tak boleh nak fokus bila buat kerja .. Yana tak boleh nak tengok komputer lama-lama nanti mata Yana pedih .. Lepas tu , bila Yana tengok dari jauh mata belah kiri Yana agak kabur .. Mau .. Takmau Yana buat jugaklah ..

Pada mulanya , Yana rasa kekok la jugak nak pakai .. Takut orang tegur .. Pada awal-awal tu memang ada orang tegur dan Yana pon dah tak larat nak explain kat mereka .. Selamatlah tak lama lepas tu semua dah diam .. Yana sangkakan seronok berkacamata nie .. Padahal tak , rasa tak selesa sebab bila mata gatal nk kena buka , bila Yana minum air panas nanti cermin mata akan berkabus dan menghalang pandangan Yana .. Banyaklah benda tak seronoknya .. 

Nasihat Yana kat sini , kepada sesiapa sahaja yang mata dia masih elok tu .. Jagalah sebaik-baiknya .. Tak perlulah ada rasa teringin nak berkacamata .. Tak seronok mana pun .. Nak ber shawl pun susah .. Sebab nanti shawl akan jadi kembang tak cantik .. Yana bila pakai shawl pun Yana akan buat versi bawal sebab takmau bagi nampak kembang ..


Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali

$
0
0

Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali

ASSALAMMUALAIKUM ♥

Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali

Haiii .. Sebenarnya kan tadi Yana saja-saja lah buat kunjungan balas dekat blog yang mai komen dekat entri-entri Yana .. Bila Yana sampai dekat  Shikin Razali ada pulak segmen .. Hm , since Yana takda bahan nak ditulis malam nie .. Jadi , Yana join je la segmen .. Boleh tambah kawan .. Jom lah join sekali senang jerr ..

Yana takmau lah bagitau apa syarat nya dekat sini .. Apa kata klik banner kat atas tu jer .. =))

GIVEAWAY BY LYANA ISHAK & EYJA MASLIZA

$
0
0
GIVEAWAY BY LYANA ISHAK & EYJA MASLIZA

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Haii semuaaa .. Sebenarnya kan Yana nak jemput awak tu dan awak yang nie untuk join Giveaway yang dianjurkan oleh EYJA MASLIZA , Yana tumpang jer si Eyja tu .. Hehehe .. Tujuan utama  Giveaway nie sebenarnya , kami nak tambahkan lagi kenalan blogger .. Macam nak mengeratkan silaturahim gitu .. Yana yakin ramai lagi yang Yana tak kenal .. Jadi , dengan adanya giveaway nie .. Yana harap dapatlah kita berkenalan sesama sendiri ..

In shaa allah , mudah jer syarat-syaratnya .. Tak percaya ? Klik la banner kat atas tu .. Dah alang-alang klik tu join ler sekali okay .. ♥

SAFI BALQIS OxyWhite Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna

$
0
0

SAFI BALQIS OxyWhite Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

safi balqis , oxy white , produk baru safi balqis


Hai semuaaa .. Okay hari nie Yana nak kenalkan satu produk baru daripada SAFI BALQIS .. Oxy White , merupakan keluaran terbaru daripada SAFI BALQIS .. Terdapat beberapa kebaikkan dalam produk baru nie .. Mestilah semua nak tau kan apakah kebaikkannya ? Jom lah baca entri Yana nie daripada mula sampai habis .. =)

Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFIjenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFImenggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.


Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri 

Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.

“Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap”

Mengulas tentang kredibiliti Sarah mempromosikan SAFI BALQIS OxyWhite, Puan Mahsuri berkata, “Dengan personaliti down to earth Sarah, beliau akan membawa SAFI BALQIS untuk lebih dekat dengan pengguna, khususnya para gadis yang mengimpikan kulit wajah cerah sempurna. Dengan pengalaman sendiri beliau sebagai pengguna dan duta SAFI BALQIS OxyWhite, Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.

Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis.

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:


safi balqis oxywhite pembersih muka


1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka

Saiz Pek          : 50g/ 100g
RCP                : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)



2)  SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
Saiz Pek          : 100g
RCP                : RM 12.90 (selepas 6% GST)

SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1

3)     SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
Saiz Pek          : 150ml
RCP                          RCP               : RM17.40 (selepas 6% GST
 SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
4)  SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
Saiz Pek         : 20ml
RCP              : RM28.10 (selepas 6% GST)

SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar

5) SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek          : 100ml
                     RCP                : RM10.90 (selepas 6% GST)



OxyWhite Pelembap Gel

6) SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
Saiz Pek          : 20g
                      RCP               : RM 21.70 (selepas 6% GST)

Okay sampai di sini  sahaja review Yana mengenai produk baru SAFI BALQIS OxyWhite .. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk maklumat di bawah ya ..

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Hiking Di Cherok Tokun Buat Kali Pertama

$
0
0

Hiking Di Cherok Tokun Buat Kali Pertama


ASSALAMUALAIKUM WBT ♥

bukit cherok tokun , hiking , tempat best hiking , cherok tokun , taman rimba bukit mertajam , blogger utara


Haii semua kawan-kawan Yana .. Okay , hari nie Yana nak kongsikan sedikit pengalaman Yana ber hiking di Cherok Tokun .. Ini merupakan kali pertama rasanya Yana ber hiking .. Yana nie sebenarnya bukanlah tipikal gadis yang suka sangat bersukan .. Hehehe .. Pecah rahsia sudah .. Sebenarnya kan , ada kisah di sebalik Yana pi hiking nie .. Ada la sorang tu cakap "ajak hiking bukit yang free pon malas" .. Okay , untuk membuktikan kepada yang sorang tu yang Yana tak malas dan mampu untuk panjat bukit Cherok Tokun tu , Yana terima cabaran dia .. Hehehehe .. Tarikh yang ditetapkan 26 Mac 2017 ..

bukit cherok tokun , hiking , tempat best hiking , cherok tokun , taman rimba bukit mertajam , blogger utara


Sepatutnya , kami kena ada kat sana pada pukul 8.00 am .. Tapi , Yana lambat sebab jalan sesak ada upcara sembahyang apa entah dekat kubur cina .. Ramai gila orang dan banyak gila kereta sebab tu Yana stucked dekat situ .. Tambahan pula Yana dengan adik Yana tak berapa tahu jalan ke sana memang main redah saja la selamat la sampai jugak walaupun lambat .. Sesampainya Yana depa suruh Yana stretching dan panaskan badan dulu .. Yana tipu depa kata Yana dah wat dalam kereta padahal tak buat pon main redah saja .. Yaa , seketul Yana memang gila orangnya .. Hahaha ..

Kalau perasan lah kan , dalam gambar tu ada 7 orang .. Yana agak yang blogger mesti kenalkan mana satu blogger dalam gambar nie .. Takpa lah mai Yana bagi tau .. Blogger dalam gambar nie Yana (bertudung hijau lumut) Timm (bertudung hitam depan sekali) dan Pha Is (berbaju hijau muda) .. Tiga daripada dalam tu merupakan adik Pha Is .. Berbaju biru tua tu abang Timm .. Okay bermulalah episod hiking kami dekat sini .. Mula-mula tu memang semua teruja termasuk la Yana .. Nampak dak wajah happy  tu ?? Hee ..

Nak dijadikan cerita , once Yana dah masuk dalam tu .. Mak aii , macam nie ka jalannya ? Ada yang ekstrem ada yang okay-okay laa .. Tak sampai sejam Yana stop sat kononnya nak tunggu si Pha Is .. Padahal Yana dah semput , nak saja Yana patah balik .. Memang dah tercungap dah masa tu .. Belum setengah jalan pun lagi .. Disebabkan Yana terkenangkan cabaran Pha Is tu Yana kuatkan diri terus melangkah .. Hehehe .. Yana tak berani minum air sepanjang Yana naik bukit .. Satgi nak terkencing naya mana nak cari tandas .. Yana naik dan terus naik sambil naik tu Yana keep asking "jauh lagi ka ?" .. 


Dekat sini , kami masih lagi bertujuh .. Hehehe .. Ada separuh jalan adik-adik Pha Is tarik diri .. Pha Is cakap depa tak ambil breakfast .. Jadi , depa tak larat nak teruskan .. Serius cakap memang jauh jugak tau , naik dan naik pon tak sampai-sampai .. Abang si Timm dan Pha Is asyik cakap sikit lagi tapi tak nampak pun kata mana hujungnya hiking nie .. Jadi , Yana dengan Timm pon ikut jela depa punya sikit tuu .. Huhu ..

Sepanjang perjalanan tu ada la 3-4 kali Yana berhenti duduk .. Mana tak nya macam dah nak tercabut kaki Yana nie .. Tuhan saja tau Yana punya kekuatan masa tu .. Memang dah tak larat ..Yana minum milo saja sebelum nak naik tu .. Sebab Yana takut-takut satgi ada perasaan nak membuang .. Hehehe .. 

Nak dijdikan cerita , kat atas bukit tu ada monyet .. Yana dah la penakut sikit dengan spesies nie .. Tapi , selamatlah monyet-monyet dekat situ behave very well takdalah main ligan-ligan dengan Yana .. 

bukit cherok tokun , hiking , tempat best hiking , cherok tokun , taman rimba bukit mertajam , blogger utara

Dekat sini kami dah berlima , adik Pha Is dah tak ikut dah .. Jangan tertipu dengan gambar nie abang Timm ada depan kami .. Hehehe .. Yana kan ratu selfie memang akan kerap berhenti untuk ambil gambar .. Abaikan muka selenga dan selekeh seketul Yana tu.. Hahaha .. Memang Yana dah tak peduli dengan appearance Yana .. Yela , kalau Yana lawa-lawa at the end nanti Yana akan selekeh juga .. Okay , jom teruskan perjalanan menuju ke puncak hehehe .. 

bukit cherok tokun , hiking , tempat best hiking , cherok tokun , taman rimba bukit mertajam , blogger utara

Gambar nie abang Timm ambilkan , nampak tak Pha Is kena tinggal kat belakang tu ? Hehehe .. =P Okay , dekat sini kami dah berempat .. Adik Pha Is yang bertudung mustard tadi dah quit .. Ikotkan Yana pun nak turun balik weh , serius tak larat .. Tapi , bila fikirkan balik Yana dah sampai dekat situ macam rugi pun ada kalau Yana turun .. Jadi , Yana kuatkan lagi kaki melangkah .. 

bukit cherok tokun , hiking , tempat best hiking , cherok tokun , taman rimba bukit mertajam , blogger utara

Gambar nie Pha Is ambilkan .. Caption nya " bukit sama didaki , lurah sama dituruni" .. Hehehe ..


bukit cherok tokun , hiking , tempat best hiking , cherok tokun , taman rimba bukit mertajam , blogger utara

Gambar nie diambil masa kami sampai dekat stesen 2 .. Kalau Yana tak salah laa , lupa sudah .. Erm , kami duduk sat dekat sini rehatkan kaki .. Legakan nafas yang tercungap tu .. Oh ya , masa hari Yana pi tu baru lepas hujan .. Jadi , jalan agak licin selamat la tak ada sesiapa pon antara kami yang tergelincir masa nak naik tu .. Alhamdulilah la , kalau tak ber kuch kuch ho ta hai la kami dalam hutan tu ..

bukit cherok tokun , hiking , tempat best hiking , cherok tokun , taman rimba bukit mertajam , blogger utara

Masa nie kami dah sampai puncak .. Kira pit stop dia dekat sinilah .. Pha Is dengan abang Timm kata kat atas ada pelantar .. Kalau nak ambil gambar cantik .. Macam biasalah , depa umpan Yana dan Timm dengan kata - kata sikit saja lagi .. Tak jauh pun .. Tapi , kami tertipu lagiii .. Tak sikit jugak laa .. Boleh tahan jugak lah jauhnya .. Huhu .. Dah la kena mendaki lagi cuma kali nie atas jalan tar bukan jalan berbukit macam dalam hutan tadi ..

bukit cherok tokun , hiking , tempat best hiking , cherok tokun , taman rimba bukit mertajam , blogger utara


Walaupun kami penat , senyum dan selfie itu mesti .. Hahaha . Nampak tak wajah gembira Timm kat belakang tu ?? Kemain ehh Timm .. =P

bukit cherok tokun , hiking , tempat best hiking , cherok tokun , taman rimba bukit mertajam , blogger utara

Akhirnyaaaaa !! Kami sampai dekat pelantar tu .. Memang cantik view dia dari atas pelantar tu .. Cuma tak clear sebab jerebu agaknya .. Nampak agak kabur sikit laaa .. 

bukit cherok tokun , hiking , tempat best hiking , cherok tokun , taman rimba bukit mertajam , blogger utara

Selfie is a must !! Hahaha .. Bukti Yana berjaya sampai ke puncak .. Yeayyy Timm we did it !! Okay dah naik , nak turun pula satu hal .. Huwaaaa !!

Masa nak turun mula - mula tu memang best sebab laju ja rasa .. Lama - lama tu sakit dan penat jugak .. Sakit kaki sebab tekanan masa nak turun tu lagi hebat daripada masa nak naik .. Oh ya , sebelum Yana lupa dekat sini ada dua jalan , satu jalan bukit lagi satu jalan tar .. Masa nak naik kami pilih ikut bukit turun ikut jalan tar baru bestttt !! Back to topic nak turun , kaki Yana sampai melecet la .. Nak dekat habis baru Yana dengan Timm belajar kalau jalan terbalik kurang sikit sakitnya cuma kena jaga-jagalah takut terlanggar orang belakang .. Masa nak turun kami berdua kena tinggal sebab tak larat jadi kami berhenti duduk sekejap .. Lepas dah rasa macam okay kami teruskan sampailah kedengaran bunyi loceng ais krim .. Hahaha .. Sampai-sampai saja kami berdua terus terpa dekat paskitanese yang jual ais krim tak cari dah Pha Is dengan abang Timm .. Hehehe ..
Sekian saja lah pengalaman Yana mendaki bukit Cherok Tokun .. To be honest Yana enjoyed and happy sepanjang hari tu .. Walaupun Yana banyak merungut tak larat dan macam-macam lagi .. Sekiranya , Yana ditanya nak lagi tak naik .. Yana nak , tapiiiiiiii bukan dalam masa terdekat nie .. Hahaha .. Sakit badan tu masih terasa .. Thanks la Pha Is sebab cabar Yana kalau tak memang tak laa Yana nak naik bukit tu .. 

bukit cherok tokun , hiking , tempat best hiking , cherok tokun , taman rimba bukit mertajam , blogger utara

Pendakian kami berakhir dekat sini , masing-masing dapat ais krim Timm belanja . Oops , sebenarnya hari tu birthday si Pha Is .. Dia ada bagi tau masa kat atas .. Tapi , Yana ingat dia main-main sebab si Pha Is nie hobinya prank kan orang .. Hahaha !! Happy belated birthday once again Faiz Zakaria , may Allah bless you .. =)











LAZADA Online Shop yang Terbaik

$
0
0


LAZADA Online Shop yang Terbaik 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


PENGALAMAN MEMBELI SECARA ATAS TALIAN

Malam nie Yana nak ceritakan sedikit mengenai pengalaman Yana membeli secara atas talian dengan Lazada .. Sepanjang Yana membeli barang-barang dengan Lazada Yana sangat berpuas hati dengan servis nya .. Rasanya dah banyak duit Yana spent dekat Lazada .. Barang-barang dekat Lazada seriously murah .. Itu belum lagi masa dia buat sales .. Antara barang yang Yana pernah beli dengan Lazada adalah , jam tangan , power bank , alat-alat solek , kasut , beg tangan dan lain-lain lagilah .. Yana suka Lazada nie sebab dia trusted seller .. Let's say , kita beli barang-barang yang perlukan waranti dia akan sertakan sekali dengan pembelian kita .. Yana pernah beli barang dengan Shopee tiada waranti kad diberi dan macam scary sikit la sistem dia .. Nanti Yana ceritalah ,  untuk entri nie Yana cuma nak fokuskan dekat Lazada saja ..

MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA MEMBELI

Walau sebagus manapun sesuatu aplikasi membeli secara atas talian pasti ada juga kelemahannya kan ? Okay sepanjang Yana berurusan dengan Lazada pernah lah jugak Yana menghadapi beberapa masalah masa pembayaran tu .. Seperti mana yang kita tahu tak semua barang-barang Lazada boleh beli secara COD (cash on delivery) ada sesetengah kita kena bayar secara online banking .. Yana menghadapi masalah sekiranya Yana nak membuat bayaran melalui online banking .. Yana guna Ambank , tak tahulah sama ada masalah Ambank atau apa .. Bila Yana nak proceed to pay dia minta TAC nombor bagai .. Bila Yana dah buat apa yang dia nak mesti TAC nombor dihantar ke nombor telefon yang Yana dah tak gunakan padahal Yana dah pun updated bila Yana guna untuk buat pembayaran lain okay saja dengan Lazada saja masalah nie berlaku .. Bila Yana nak guna cara credit or debit card mesti akan error sokmo .. Hmm .. Yana harap pihak Lazada boleh buat sesuatu untuk atasi masalah Yana nie .. 

CARA YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH

Hmm , untuk langkah mengatasi .. Yana harap pihak Lazada dapat study mengenai kes Yana nie dan cari tahu dekat mana akar masalah nie .. Kenapa ia terjadi .. So far , Lazada merupakan aplikasi yang sangat best sebab terdapat pelbagai jenis barang dan banyak sangat pilihan .. Lagi satu , Yana harap sangatlah Lazada akan memperbanyakkan lagi barang yang boleh dibayar secara COD supaya lebih senang urusan jual beli nanti .. 

Terima kasih pada yang sudi membaca celoteh Yana nie ..  Ingat Yana saja-saja ka nie ? Sebenarnya entri nie Yana buat bersempena dengan competition yang dianjurkan oleh i-Price .. Jadi , para blogger yang kat luar sana yang nampak entri nie jom lah join sekali dengan Yana tarikh tutup 31 March cepat cepatttt !! Cara nak join ? KLIK SINI

WORDLESS WEDNESDAY #10 FRIENDS & DIFFICULTIES

$
0
0

WORDLESS WEDNESDAY #10 FRIENDS & DIFFICULTIES



Viewing all 610 articles
Browse latest View live